Selepas kekalahan memalukan di tangan Tottenham Hotspur minggu lalu, Chelsea semakin jauh ketinggalan untuk menduduki tangga keempat liga untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Perkembangan terbaru ini juga menyebabkan jawatan Conte berada dalam bahaya dan pemilik kelab, Roman Abramovich tidak akan teragak-agak untuk memecat pengendali dari Itali itu selepas berakhirnya kempen liga.

Mari kita lihat tujuh perkara bakal berlaku jika Chelsea memecat Antonio Conte :

1. ‘Musim Mourinho’

” Kami tahu akan cabaran yang bakal dihadapi musim depan dan semestinya kami mahu elak daripada musim Mourinho di Chelsea,” Antonio Conte, 29 July 2007.

Itu adalah kenyataan daripada Conte selepas membantu Chelsea menjuarai liga tahun lalu. Sebelum ini Conte mengkritik Mourinho kerana gagal memenangi piala namun keadaan berubah sebaliknya.

Kini Conte menghadapi tekanan untuk membimbing Chelsea layak ke saingan Liga Juara-Juara  berbanding Manchester United kendalian Jose Mourinho di tangga kedua.

Jika bekas pengendali Juventus itu dipecat, Mourinho antara orang paling gembira mendengar berita pemecatan itu.

 

2.Enrique ke Chelsea?

Jika Chelsea membuat keputusan untuk memecat Conte, skuad The Blues itu mahukan bekas pengendali Barcelona, Luis Enrique untuk mengisi jawatan yang ditinggalkan Conte.

Pengendali dari Sepanyol itu dikaitkan dengan perpindahan ke Stamford Bridge dan kejayaan beliau membimbing Barcelona sebelum ini menjadi faktor utama pemilihan beliau di Chelsea.

 

3. Conte ke PSG?

Selepas meninggalkan Chelsea, Conte boleh berpindah ke kelab lain dan kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) antara kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Conte dapat menggunakan segala pengalaman ketika bersama Chelsea dan Juventus untuk membantu PSG dalam saingan Liga Juara-Juara.

PSG juga tidak menghadapi masalah untuk berbelanja besar dan segala perancangan Conte untuk membeli pemain yang dikehendaki beliau dapat ditunaikan berbanding ketika di Chelsea.

 

4. Tiada Perpindahan ke Real Madrid

Pemecatan Conte juga dapat meyakinkan Eden Hazard untuk melanjutkan kontrak bersama kelab England itu.

Ini kerana Hazard sebelum ini dikatakan tidak gembira dengan keputusan Conte yang kerap menukar posisi beliau dan sekaligus menukar gaya permainan Chelsea.

Situasi ini menarik minat kelab berbelanja besar, Real Madrid untuk mendapatkan khidmatnya kerana Madrid sudah lama memantau perkembangan Hazard di Stamford Bridge.

 

5. Beza Arsenal dan Chelsea

Arsene Wenger sudah 14 tahun tanpa kejuaraan liga namun beliau masih kekal sebagai boss Arsenal. Berbeza dengan Conte yang memenangi kejuaraan liga musim lepas, akan dipecat kerana gagal membawa Chelsea muncul juara musim ini.

Ini menunjukkan perbezaan mentaliti antara kedua-kedua musuh setempat itu.

 

6. Kurang Seorang Pesaing

Jose Mourinho terkenal dengan sifat suka bertengkar atau melakukan serangan psikologi terhadap pasukan lawan. Conte menyertai Wenger, Benitez, Pellergrini dan Guardiola yang berada dalam senarai ‘musuh’ Mourinho.

Jika Conte dipecat, Mourinho terpaksa mencari pengurus baru untuk ‘bertengkar’.

 

7. Sejarah Berulang Lagi

Chelsea kini mempunyai trend pelik sejak kebelakangan ini dimana pengurus yang memenangi kejuaraan liga pada musim itu, akan dipecat musim berikutnya.

Trend ini berlaku sejak era Mourinho lagi dimana kita dapat lihat Mourinho dipecat selepas memenangi piala musim sebelumnya. Situasi ini sedang berlaku ke atas Conte kerana beliau telah membantu Chelsea muncul juara liga musim lepas tetapi bakal dipecat kerana prestasi kurang memberangsangkan dalam kempen musim ini.

Siapa kata perkara yang berlaku ke atas Mourinho sebelum ini tidak akan terjadi kepada Conte walaupun dengan beberapa kejayaan bersama Chelsea?

Foto Kredit : the42(dot)ie